Saturday, July 24, 2010

Peristiwa Gerabak no 8



Salam bicara buat semua sahabat yang masih meneruskan perjuangan..
Al-Kisah suatu hari, sedang Arjuna bersama teman yang lain menaiki sebuah kenderaan yang panjang itu yang pada ketika itu melalui hutan belantara, cukup menyeramkan.

Arjuna terlihat sepasang kekasih sedang bermadu asmara tanpa menghiraukan penumpang yang lain. Lantas dia mencuit rakannya firdaus yang masih berdengkur di sebelahnya.

Firdaus dengan bingkas terjaga dari tidur sambil terpinga2. Lalu mengesat air liurnya yang meleleh hampir-hampir saja mengenai dagunya.."Oi..daus, cuba ko tengok budak dua orang tu, macam belangkas.."herdik arjuna melepaskan geram melihat tindak tanduk sepasang kekasih dalam gerabak no 8 tu...

"Ha,tu la..ak pun tak tau la ape nak jadi ngan remaja2 sekarang ni.."balas firdaus..

"Hm,teruk2..ape la kita ni, ni pun kita x dapat nak cegah.."arjuna mengeluh.

"Ni la kesan Media kepada masyarakat, ha..kuat kan pengaruh dia. Rancangan yang di tayangkan pun banyak mengajar remaja budaya yang x elok.."sambung daus.

"Tu la kita lambat sangat peka pada keperluan semasa..kan media macam internet,tv,dan blog dapat mengubah budaya masyarakat.." balas Arjuna.

"Nak wat mcm mane..di mana ada kemahuan di situ ada jalan." "Boleh je kalau nak buat..Pendekatan macam ni memang sangat berkesan.."kata daus.

"Ha,daus bukan ko suke ke layari internet dalam facebook tu..cube2 la bawak sikit pendekatan dakwah kat kawan2 korang tu.."sindir arjuna pada sahabat baiknya daus..hehehe..

Harap2 boleh la kita ambil iktibar dari kisah ni kan2..:-)

Followers