Thursday, October 14, 2010
Semakin hampir pada kebaikan semakin iman di uji..
Pernah tak anda rasa macam ni..? Semakin hampir kita pada Allah, Semakin kita diuji olehnya.. Masa itu,macam-macam yang terlintas di fikiran kita.. Sama ada mahu ikut kata Allah atau menuruti saja kemahuan kte(nafsu jahat).. Sebab itu Allah datangkan kita ke dunia ini hidup secara berkumpulan.. Apa akan jadi pada kita jika tiada siapa ingin menasihatkan kita. Cuba tuan puan bayangkan.. Jadi, hargailah nikmat yg Allah berikan ini.. Lagi tentang Orang selalu mengikut hawa nafsu jahat ini Rasul telah sabdakan dalam hadisnya berkait dengan peristiwa israk dan mikraj. Manusia ini di padang mahsyar nnt berbau sangat busuk..Masya Allah..Allah hurabbi, peliharalah diri kami dari termasuk dalam golongan manusia jenis ini..Ada lagi yang ingin di kongsi, cuba buka dalam Al- Quran, ada ayat yg allah sekali2 tidak akan memberihidayah kepada orang-orang yg selalu mengikut hawa nafsu jahat ini..silakan untuk mencari..Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan berjihad pada jalannya yang sebenar..;-)
Saturday, July 24, 2010
Peristiwa Gerabak no 8
Salam bicara buat semua sahabat yang masih meneruskan perjuangan..
Al-Kisah suatu hari, sedang Arjuna bersama teman yang lain menaiki sebuah kenderaan yang panjang itu yang pada ketika itu melalui hutan belantara, cukup menyeramkan.
Arjuna terlihat sepasang kekasih sedang bermadu asmara tanpa menghiraukan penumpang yang lain. Lantas dia mencuit rakannya firdaus yang masih berdengkur di sebelahnya.
Firdaus dengan bingkas terjaga dari tidur sambil terpinga2. Lalu mengesat air liurnya yang meleleh hampir-hampir saja mengenai dagunya.."Oi..daus, cuba ko tengok budak dua orang tu, macam belangkas.."herdik arjuna melepaskan geram melihat tindak tanduk sepasang kekasih dalam gerabak no 8 tu...
"Ha,tu la..ak pun tak tau la ape nak jadi ngan remaja2 sekarang ni.."balas firdaus..
"Hm,teruk2..ape la kita ni, ni pun kita x dapat nak cegah.."arjuna mengeluh.
"Ni la kesan Media kepada masyarakat, ha..kuat kan pengaruh dia. Rancangan yang di tayangkan pun banyak mengajar remaja budaya yang x elok.."sambung daus.
"Tu la kita lambat sangat peka pada keperluan semasa..kan media macam internet,tv,dan blog dapat mengubah budaya masyarakat.." balas Arjuna.
"Nak wat mcm mane..di mana ada kemahuan di situ ada jalan." "Boleh je kalau nak buat..Pendekatan macam ni memang sangat berkesan.."kata daus.
"Ha,daus bukan ko suke ke layari internet dalam facebook tu..cube2 la bawak sikit pendekatan dakwah kat kawan2 korang tu.."sindir arjuna pada sahabat baiknya daus..hehehe..
Harap2 boleh la kita ambil iktibar dari kisah ni kan2..:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)